"Haa..Tengok Tu, Yang Baju Oren Tu Intai..!!!

Difahamkan rakaman tersebut adalah mengenai seorang lelaki yang ditangkap orang ramai kerana merakam pengguna tandas wanita di Parade Langkawi. Menerusi reaksi di ruangan komen, ada yang mempertikaikan perbuatan individu menampar wajah pelaku.

Namun ada juga yang mempertahankan tindakan tersebut kerana lelaki berkenaan dikatakan sudah lama melakukan perbuatan keji itu dan banyak mangsa telah dirakamnya.

Kes seperti dalam video di bawah ini memang boleh ditangani oleh pihak berkuasa apabila ‘kantoi’ tapi pencegahan adalah jalan terbaik, justeru pengurusan mana-mana premis awam perlu lebih peka dalam aspek keselamatan pengguna terutama wanita.

Daripada punca merakam, tak mustahil ianya boleh menjadi jenayah rogol jika lelaki dengan mudah dapat bolos ke tandas wanita. Apa-apa pun mari kita saksikan video tersebut di bawah ini.


"Haa..Tengok Tu, Yang Baju Oren Tu Intai..!!! "Haa..Tengok Tu, Yang Baju Oren Tu Intai..!!! Reviewed by Unknown on 08:14:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.