Siapa yang kawen sebenarnya? haha... itulah antara komen menarik oleh rakyat Malaysia...
NAJIB dan Rosmah bersama mempelai, Nur Aziati (kanan) dengan suaminya, Muhammad Jamal (kiri) di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam ini. - Foto Aswadi Alias KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, berkenan menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di sini, malam ini.
Baginda berdua tiba di lokasi majlis di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, di sini, jam 9 malam. Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Anak Ahmad Razif, Nur Aziati, 24 dan pasangannya, Muhammad Jamal Rafaie Jakiran, sebelum ini selamat dinikahkan pada 25 Disember tahun lalu.
Nur Aziati adalah anak kedua Ahmad Razif dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria. Nur Aziati masih menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, manakala Muhammad Jamal Rafaie adalah anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri, Bukit Melawati, Jakiran Jacomah. Lebih 1,000 tetamu hadir pada majlis berkenaan. Antara kenamaan yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan barisan EXCO kerajaan negeri. Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah turut berkenan menepung tawar pasangan raja sehari. Najib dan Rosmah; Ahmad Razif dan isteri serta Jakiran dan isteri, Rafeah Hassan turut menyempurnakan upacara merenjis pasangan mempelai.
Akibat Jemput Najib & Rosmah Ke Majlis Perkahwinan, Lihat Apa Yang Berlaku Pada Pasangan Ini !
Reviewed by Unknown
on
16:27:00
Rating:
No comments: